Matlamat projek adalah membangunkan, menguji dan mengadaptasi kurikulum dalam bidang Undang-undang Perubahan Iklim terutamanya terhadap pengintegrasian suatu program pengajian pelbagai disiplin berkaitan Dasar dan Undang-undang Perubahan Iklim Global, yang ditawarkan pada tahap diploma pasca ijazah (PGDip) atau sebagai program Sarjana Undang-Undang (LL.M), tertakluk kepada keputusan setiap rakan kongsi institusi pengajian tinggi (IPT). Tujuannya adalah untuk melengkapi keperluan generasi baru pasca ijazah dalam program sarjana undang-undang yang diharap akan dapat memperolehi kepakaran peringkat tinggi dalam bidang dasar alam sekitar dan undang-undang Perubahan Iklim.

Projek CCP_Law ini akan menyokong Malaysia, India dan Vietnam dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh sistem pengajian tinggi masing-masing dengan menambahbaik kualiti dan kaitan dengan bidang pekerjaan.

Oleh yang demikian, projek ini berhasrat untuk menambahbaik tahap kecekapan dan kemahiran IPT dengan membangunkan program pendidikan baru baharu dan inovatif berteraskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) menerusi aplikasi amalan terbaik metodologi pedagogi dalam kalangan para akademik dan pelajar. Kursus baru pascasiswazah pertamanya, akan menyokong pemodenan, kebolehcapaian dan pengantarabangsaan pengajian tinggi di Malaysia, India dan Vietnam. Penubuhan Pusat Undang Undang Dasar dan Undang-undang Perubahan Iklim (CCP_Law Centers) di semua jabatan undang-undang di IPT Asia akan menyokong kapasiti untuk menyediakan rangkaian yang lebih berkesan bagi tujuan penyelidikan dan kebolehan mewujudkan rangkaian dengan usaha-usaha institusi lain di peringkat antarabangsa dalam penggubalan dasar berkaitan Perubahan Iklim.

Secara ringkasnya, tujuan utama projek adalah seperti berikut:

  • Untuk membangunkan dan menguji serta mengadaptasi kurikulum baru dalam bidang Dasar dan Undang-undang Perubahan Iklim;
  • Untuk menyokong pemodenan, kebolehcapaian dan pengantarabangsaan pengajian tinggi dan menangani cabaran yang dihadapi oleh sistem pengajian tinggi di Malaysia, India dan Vietnam;
  • Untuk menambahbaik tahap kecekapan dan kemahiran di IPT dengan membangunkan program baru dan inovatif berteraskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) menerusi aplikasi amalan terbaik metodologi pedagogi dalam kalangan para akademik dan pelajar.
  • Untuk menyumbang kepada pemerkasaan kerjasama di antara Kesatuan Eropah (EU) dengan negara rakan kongsi;
  • Untuk mempromosikan hubungan orang-orang, kesedaran antara budaya dan pemahaman;
  • Untuk menubuhkan Pusat Undang-undang Perubahan Iklim (IPT).