Perubahan iklim kini merupakan masalah berkaitan alam sekitar yang paling mendesak dan sangat kompleks bagi masyarakat antarabangsa. Penyelesaian amat diperlukan dalam dasar dan tadbir urus untuk mengurangkan kesan perubahan iklim ini. Untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa dan memastikan pelaksanaan perjanjian Perubahan Iklim (CC) yang berkesan, sistem Intended Nationally Determined Contributions (INDCs), yang menggunakan pendekatan “bottom-up”, telah disahkan oleh Perjanjian Paris, 2016. Walau bagaimanapun, Malaysia, India dan Vietnam adalah antara negara yang tidak sejajar dengan Peruntukan Perjanjian Paris, disebabkan kapasiti institusi mereka untuk memantau dan menguatkuasakan dasar adalah lemah dan pelanggaran piawaian alam sekitar berleluasa dengan India dikira antara pengeluar karbon terbesar di dunia.

Untuk memastikan pelaksanaan perjanjian CC yang berkesan, kemajuan dalam pendidikan tinggi perlu memberi tumpuan kepada melahirkan pemimpin akademik dengan gabungan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sepatutnya untuk memacu IPT ke arah yang betul untuk pembangunan mampan dan mengisi jurang pengetahuan dalam CC antara pelbagai kurikulum program yang ditawarkan di IPT. Untuk menangani keperluan ini, projek CCP_Law akan membangunkan ujian dan menyesuaikan ijazah pasca siswazah yang akan merumus dan meningkatkan bilangan pengamal undang-undang berkemahiran tinggi, penggubal dasar dan pegawai kerajaan serta graduan dari disiplin yang berbeza yang akan menangani keperluan untuk menformulasi secara berkesan. dan memperbaharui rangka kerja institusi dan National Determined Contributions di negara mereka.

Kursus pasca siswazah baharu ini dijangka akan memberikan impak yang tinggi kerana ia dilihat mampu mencapai perkara-perkara yang berikut:

  • Menyokong pemodenan, kebolehcapaian dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi di IPT Rakan Kongsi. Kualiti pendidikan tinggi akan dipertingkatkan dengan ketara kerana ia akan mengimport sasaran yang diisytiharkan di peringkat antarabangsa ke dalam kurikulum serantau CCP_LAW, dengan mengambil kira kekangan utama dalam membangunkan, menggunakan dan melaksanakan rangka kerja perundangan yang mesra alam. Pembangunan Pusat Undang-undang Perubahan Iklim akan menyokong kapasiti untuk membuat rangkaian secara berkesan dalam penyelidikan dan keupayaan untuk mewujudkan hubungan dengan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh institusi untuk membuat dasar perubahan iklim.
  • Menyokong IPT Rakan Kongsi untuk menangani cabaran yang dihadapi sistem pendidikan tinggi mereka dengan menambah baik kualiti dan kaitannya untuk pasaran buruh.
  • Meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran di IPT dengan membangunkan program pendidikan berasaskan ICT yang baharu dan inovatif serta dengan mengaplikasikan metodologi pedogeologi amalan terbaik dalam kalangan ahli akademik dan pelajar.
  • Menyumbang kepada kerjasama kukuh antara EU dan Negara Rakan Kongsi sepanjang lawatan sambil belajar yang dianjurkan untuk pembinaan kapasiti tenaga pengajar IPT Asia dan penumpuan secara sukarela dengan perkembangan EU dalam bidang undang-undang perubahan iklim dan kurikulum dasar alam sekitar serta perkongsian amalan terbaik dalam bidang yang menjadi keperluan negara.

Nilai tambah Projek Eropah

Sebagai pencetus rundingan iklim antarabangsa, EU telah memainkan peranan utama dalam pengurangan pelepasan global. Undang-undang EU mengenai Perubahan Iklim (CC) dan pengurangan karbon sentiasa terbukti dan pendekatan langkah demi langkah yang telah digunakan untuk membangun dan menambah baik dasarnya sangat mengagumkan. Negara Eropah merupakan Negara ekonomi besar pertama yang melaksanakan rangka kerja yang mengikat secara sah untuk menunaikan ikrarnya di bawah Perjanjian Paris. Oleh itu, hasil yang dihasratkan bagi projek CCP_LAW boleh dicapai hanya melalui pemindahan kepakaran undang-undang daripada IPT-EU kepada IPT Rakan Kongsi, pertukaran amalan terbaik mengenai teknik pedogeologi inovatif, latihan membina kapasiti kakitangan akademik dan sumbangan IPT-EU dalam pembangunan kandungan kurikulum baharu yang akan menggabungkan prosedur jaminan kualiti dengan piawaian dan garis panduan Eropah.

 

Penafian:

 “Sokongan Suruhanjaya Eropah untuk penerbitan ini tidak membentuk pengesahan kandungan, yang mencerminkan pandangan pengarang sahaja, dan Suruhanjaya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan yang mungkin dilakukan terhadap maklumat yang terkandung di dalamnya”